Untuk Jadi hebat tidak perlu jadi org lain,jadilah DIRI SENDIRI *_*

Untuk Jadi  hebat tidak perlu jadi org lain,jadilah DIRI SENDIRI *_*

Sunday, December 27, 2009

Apa Kata Datuk Dr.Fadilah Kamsah...*=*

Renung2kan dan selamat beramal...

Assalamualaikum w.b.t/Salam sejahtera;
 
Sekadar Renungan Bersama;

 

Let us share what Datuk Dr. Fadilah Kamsah used to say


” Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan 'biasa' dan ada datang dengan perasaan serba tak kena '.

Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan 'biasa' saja, hasilnya adalah 'biasa' saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa.

 

Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita.
Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan Insyallah...”

 


Jadi renungi lah :-


1. Ada di antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampeh, hasilnya macam kita 'TAK DATANG' kerja

2... Adakala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT'.


3.. Adakala kita rasa kita PERIHATIN', tapi rupanya kita BUSY BODY

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENG'AJAR'AN.


5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS rupanya kita hanya lebih kepada KRITIKyang mencipta KRISIS.

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT'

Pejam mata dan renung lah diri

Kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA, maka lakukanlah segera.

Tapi manusia tetap manusia, sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik.

Adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?


Maka untuk itu, mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan.

Kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

 

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat....kita draw kat akhirat nanti.

Kalau kita asyik dengki mendengki, nasib la sebab dah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih.

Renungi lah, berapa orang kawan kita dan berapa orang lawan kita, nescaya itu la kayu pengukur diri yang sebaiknya...



"mengkritik tidak bererti menentang,

menyetujui tidak semestinya menyokong,

menegur tidak bermakna membenci,

dan  berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik"


 

Sesetengah nikmat itu hanya datang sekali, tetapi bersyukurlah selalu..

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera ...


Ada sepasang suami isteri yang hidup bahagia. Tidak ada kurangnya bagi pasangan yang
dilimpahi dengan kemewahan ini kecuali satu, mereka tidak punya anak walaupun
telah lama berumah tangga. Sering mereka bercerita tentang betapa indahnya
hidup sekiranya punya seorang anak penyejuk mata. Rasa ini bergolak hebat
apabila melihat kepada jiran sekeliling yang sentiasa riuh rendah dengan
bunyi hilai ketawa anak-anak, kadang-kadang tangisan nyaring.

Apa yang menarik tentang pasangan Mr. & Mrs. Perfect ini:
Susun atur dalaman rumah mereka yang rapi, kekemasan sentiasa pada tahap
maksimum dan semua benda mesti berjalan seperti yang dirancang dan
dijadualkan. Rutin hidup mereka semuanya berjalan seperti dalam catatan diari
dalam kerapian tahap tinggi. Nota semakan kerja rumah tergantung pada peti
ais, pada white board pula senarai semakan keberkesanan, perancangan pula
dalam buku management tersendiri. Dengan tekun semua ini diulang-ulang saban
hari, minggu dan tahun.

Pada satu hari yang indah, si isteri bergegas memberitahu jiran tetangga
berita gembira yang dikongsi bersama dengan sambutan syukur hampir seluruh
kawasan kejiranan berhampiran. Menurut doktor, dia bakal menimang cahaya
mata. Kegembiraan jelas terpancar pada pasangan ini, ucapan tahniah datang
mencurah-curah.

Begitu pantas masa berlalu. Akhirnya sampailah saat yang
mendebarkan, anak yang ditunggu dilahirkan dengan selamat. Bayi lelaki comel
ini benar-benar memberi sinar pelengkap kasih sayang di dalam rumah itu.

Tiga tahun berlalu, anak lelaki ini membesar dengan sihat dan subur, sesubur
perhatian dan belaian daripada ayah dan ibu. Namun berlaku sesuatu yang tidak
diduga oleh ibunya selama ini. Anak lelaki ini mempunyai perangai yang
seratus peratus berbeza dengan sikap ibunya. Kalau ibunya sangat kemas, anak
lelaki ini akan mengeromot segalanya. Rumah yang selama ini kemas teratur
sering kali bertukar wajah menjadi seperti lepas perang, kena penangan anak
ini. Keadaan tidak terkawal, anak ini mungkin telah dimanjakan berlebihan.

Si ibu merintih derita. Apa yang berlaku ini bertentangan sama sekali dengan
kanun dirinya. Semua mesti sempurna! Sampai pada tahap ini si ibu selalu
terlanjur cakap ba hawa mempunyai
anak sebenarnya satu kesilapan. Anak bukan penyejuk mata sebaliknya peragut
ketenangan.

Bagi mendidik si anak, si ibu terpaksa menggunakan sedikit kekerasan, cubit,
rotan dan meminta dia berikrar untuk tidak mengulanginya kembali.

"Mama, abang minta maaf . Abang tak akan ulang lagi." Itulah
ungkapan yang diajar setiap kali kesalahan dibuat.

Satu lagi tabiat yang pelik bagi anak ini ialah dia akan mengoyak kertas yang
dijumpainya dan dibiarkan bersepah merata-rata. Cubitan dan kemarahan tidak
berjaya mengubah tingkah lakunya, dia masih dengan tabiat menyepah-nyepah,
kemudian rumah jadi bingit dengan leteran dan bahang kemarahan ibu. Begitulah
yang sering berlaku.

Pada suatu hari si ibu bergegas mengemaskan rumah kerana kawan lamanya bakal
datang melawat. Dia ke dapur memasak hidangan kepada tetamu yang bakal
datang.

Bila dia membawa makanan untuk dihidangkan, alangkah terkejutnya apabila dia
melihat ruang tamu bersepah, sofa tunggang langgang dan koyakan kertas
bertabur di mana-mana.
"Abang . mari sini!!" Jerit si ibu memanggil anaknya lebih kuat
daripada biasa. Kemarahannya mencecah siling kesabaran dan membakar rentung
ladang hemahnya.

Si anak ketakutan lalu lari meluru ke arah pintu. Si ibu mengejar dari
belakang. Nafasnya tertahan-tahan menahan marah. Kaki anak melangkah keluar
dari rumahdengan larian deras. Sesaat dia telah berada di hadapan pagar.

Tiba-tiba terdengar satu bunyi hentaman keras. Larian ibu terhenti. Wajah
terasa basah terpercik sesuatu. Dia terpaku . Alangkah terkejutnya apabila
melihat anaknya menggelupur kesakitan berhampiran longkang besar di tepi
rumahnya. Basah di muka tadi rupanya adalah darah anaknya.

Dia tidak mempedulikan lagi pada kereta yang melanggar, dia meluru
mendapatkan anak dan merangkulnya. Darah merah ada di mana-mana, dada anak
berombak-ombak, tubuh kekejangan, terdengar bunyi rengekan menahan sembilu
kesakitan yang amat. Tanpa berlengah dia terus memandu keretanya, anak
diletakkan ke atas ribanya, tubuhnya kini dibasahi darah merah segar anaknya,
dia terus memecut laju ke hospital.

"Ya Allah . tolonglah selamatkan anakku ini." Doanya dalam raungan
 kuat sambil memandu laju. Hon dibunyikan bertalu-talu minta laluan daripada
pemandu lain.

"Ya Allah . aku tahu aku gagal menjadi seorang ibu yang baik tetapi aku
memohon sekali ini . Ya Allah selamatkanlah anakku ini."


Air matanya bercucuran dengan deras menitis, tumpah dan bergaul dengan darah
merah anaknya. Perjalanan terasa begitu jauh dalam keadaan begini. Nafas anak
tercungap-cungap. Dari mulut, hidung juga telinga darah terus mengalir begitu
deras. Si anak bergelut dengan kesakitan, dada berombak kuat, setiap kali dia
membuka mulutnya darah bercucuran keluar.

Anak seperti ingin menuturkan sesuatu, ibu menangis semahunya.

"Mama maafkan abang ." Ungkapannya sukar
, tersekat-sekat kerana kesakitan itu.

"Abang janji tak akan buat lagi."

Itulah ucapan yang selalu dituturkan apabila ibunya marah. Ibu memegang mulut
anak, hatinya menangis. Bukan ini yang ibu mahu dengar.

Sebaik sampai di hospital, anak dikejarkan ke bahagian kecemasan. Ibu
menunggu di luar, dia membuat panggilan kepada suami dan mengurus segala
prosedur yang patut. Dengan baju dipenuhi darah tanpa merasa malu pada orang
sekeliling yang melihatnya, dia menangis sekuat hati, rasa sesal mengasak
kuat segenap ruang hatinya.

"Ya Allah berilah aku peluang kedua untuk menjadi seorang ibu yang baik,
aku sedar akan kesalahanku ."


"Ya Allah selamatkanlah anakku hari ini ."

Doa tidak pernah putus dari bibirnya dengan permohonan setulus-tulusnya
kepada tuhan.

Setelah lama menunggu, tiba-tiba doktor keluar. Bebola matanya merenung penuh
pengharapan pada doktor.

"Puan, maafkan . Kami telah
cuba melakukan yang terbaik." Patah bicara doktor satu-satu menyusun kalimah.

"Anak puan . Telah meninggal dunia."
Hanya itu yang mampu dituturkan, walaupun selalu tetapi tetap sukar untuk
menjelaskannya kepada ibu ini.

Dunia terasa seperti pasir jerlus yang menyedut dengan deras ke dalam,
kepingan langit sekeping-sekeping menghempas ubun-ubun kepalanya. Alangkah
sakitnya hakikat ini. Dalam tangisan berderai, dia meluru dan merangkul
sekujur tubuh anaknya dengan mata tertutup rapat, kesakitan telah tiada
bersama nafasnya yang berangkat pergi buat selama-lamanya.

"Anak . Kamu tidak mendapat apa yang sepatutnya ibu berikan di sepanjang
perjalanan pendekmu ini ."

 Ibu mencium semahu-mahunya. Namun wajah itu hanya kaku, dingin sekali.

Jenazahnya kemudian diuruskan sehingga selesai sempurna. Malam itu apabila
lampu tidur dimatikan dan kawasan kejiranan sunyi, ibu keluar ke kawasan tong
sampah di hadapan rumah. Dia menyelongkar sampah semalam mencari koyakan
kertas anaknya. Malam itu di ruang tamu rumahnya penuh koyakan kertas yang
ditaburkan.

 Dengan nada lemah sekali bersama lelehan air mata hangat ibu berkata,
"Alangkah indah andainya ini yang ibu lihat pada setiap hari di
sepanjang hidup ini."

"Ibu rindu kepadamu . Ibu rindu kepada nakalmu . Ibu rindu pada koyakan
kertas ini, tetapi kenapa ibu buta tentangnya selama ini?"


Tangisan hanya saksi bisu dengan irama tersendiri, namun hakikat yang
terpaksa direngguk ialah semua itu tidak boleh diulang lagi. Anak comel itu
tidak akan pulang lagi ke rumah sampai bila-bila.

Benar, sesetengah nikmat itu hanya datang sekali, kerana itu nikmati dan
syukurilah, bersyukurlah sentiasa.

Amat
malang kerana kita selalu sedar dan menghargai sesuatu, hanya selepas nikmat itu
terlerai daripada genggaman.

 
 
 

Hidup hanya sekali...

Salam sayang buat semua pembaca..

Ini adalah tulisan pertama saya setelah berjaya mencipta blog ini.
Blog ini mula di cipta pada tanggal 27 December 2009..ini adalah sebagai permulaan dan persediaan menyambut Tahun Baru yang bakal kita sambut tidak berapa lama lagi..kan?
Saya seperti bayi yg baru belajar merangkak dlm mcipta blog ini..tp demi minat yg mdalam utk berkongsi pengalaman dan memberi peluang kepada diri saya mjadi seorang penulis di masa msa akan datang..hehe..saya tidak pandai berkata2..cuma apa yg lahir di sini adalah ikhlas dari hati saya..

Saya pernah mdapat nasihat dari seorang penulis di Mingguan Wanita..saya suka menulis,tapi tak tahu apa yg nak saya tulis utk di kongsi bersama pembaca blog saya..kata nya..tulis lah apa sahaja yg keluar dari hati yg ikhlas..erm..maka terhasil lah blog yg x seberapa "canggih" ini..tp cukup lah untuk saya myuarakan segala isi hati dan pegalaman hidup saya di dalam tinta merah ku..Lysha Amanda...

Salam perkenalan dari saya buat anda yg sudi mbaca dan berkongsi cerita dengan saya di blog ini...

Wasalam
Ketika terjadi hal-hal yang tidak kita harapkan, atau ketika orang-orang disekitar kita begitu mengecewakan kita, ingatlah: jangan kehilangan keyakinan diri kita. Tetaplah percaya pada diri Anda....

"To forgive is to set prisoner free and discover that the prison is you" -Lewis Smedes

Aku suka dengan kata2 di atas dan ingin nak share dengan u all semua..

Bukan mudahkan untuk memaafkan kesalahan org terhadap kita kan? Tapi, dari pengalaman ku sendiri..
memaafkan bukanlah suatu perkara yg sukar..kerana tiada siapa manusia di dunia ini yg sempurna...setiap insan pernah melakukan silap..betul kan? That's mean..kita pun pernah buat silap..kan? Kalo kita x maafkan org..bgmana org nak maafkan kita..

Dulu,maksud aku dulu tu,.zaman aku budak2..masa aku blum akil baligh..hehe..bukannya dulu tu bemaksud tahun lepas atau 5 tahun lepas ke..hehe..

Dulu,aku pun susah nk maafkan org..tp semakin aku dewasa...semakin aku byk mbaca...semakin aku di motivasikan dengan pakar2 motivasi yg terkemuka di negara dan luar negara..aku kini semakin matang dan mgerti erti sebuah kemaafan...

Pada mula..mmg sukar...tp kena la istiqamah..akhirnya aku berjaya dan aku bahagia..jiwa aku tenang..dan hari2 yg aku lalui terasa mudah dan yg paling penting..hati aku tidak ada ruang utk myimpan dendam pada sesiapa pun...bukan xde ruang..memang aku yg xkan benarkan "anasir2 negatif" itu mjenguk ke dalam hati ku ini,..

Tak percaya cuba lah...setiap malam sebelum kita tidur...maafkan lah semua org yang ada buat salah atau myakiti hati kita...InsyaAllah..kita akan dapat tidur dengan lena..dan bgn esok harinya dengan wajah dan hati yg teramat ceria...Syukur Alhamdulillah..ini semua nikmat dan anugerah Ilahi...amin,..

Ok la..aku rasa cukup takat ni..pjg2 nanti...ada yg kebosanan lak mbaca nyer..kan? Panjang umur..dan ada lagi cerita..nanti kita share lagi...

Tingkatkan prestasi...kurangkan kontroversi...renung2 kan lah..:)

Wasalam

Adakah aku Penganggur atau Ibu Mithali...*-*

Hari ni telah lebih 5 bulan aku tidak bekerja...adakah aku penganggur? Atau betulkah tindakan yg aku ambil utk mjadi surirumah sepenuh masa demi utk kebaikan baby yg baru aku lahirkan pada 26 Oct 2009 yg lalu..[ baby of the year :) ]

Kdg2 aku x pasti dengan keputusan yg aku ambil ini..tapi  kini aku kena bulatkan hati dan tekadkan semua matlamat hidup aku mulai HARI ini..apa jua keputusan dan tindakan yg aku amik arini akan mberi kesan kepada masa depan ku..biarkan lah..yg penting bagi ku..aku hidup untk HARI ini...kerana hari esok blum pasti untuk ku,..seperti kata dalam sebuah lagu...MATI adalah pasti..dan HIDUP InsyaAllah..jadi, aku ingin manfaatkan setiap peluang yg ada HARI INI..bukan SEMALAM yg dah berlalu dan x mgkin kembali lagi dan bukan ESOK yg blum pasti...:)

Ramai yg kata..syg..ada degree tp dok kat rumah jaga anak..erm..biar lah apa yg ingin mereka katakan..kerana aku tahu apa yg aku buat..bukan lah mjadi satu DOSA besar seorang yg berkelulusan tinggi tinggal di rumah mjaga anak2 dan menguruskan suami,bukan? Jadi, biarlah apa yg mereka ingin katakan...fikirkan...penat mulut mereka bercakap nanti,..diam lah mereka,kan? hehehe..

Hidup ini mudah..jgn kita sulitkan dengan mbuat pandangan yg negatif...

Ok lah..sebenarnya byk perkara yg ingin aku kongsikan tp masa x mgizinkan..sebagai seorang isteri dan ibu..keluarga adalah mjadi keutamaan ku..

Aku mmg minat bidang penulisan,tp bila dh lama x menulis ni..ntah apa2 jugak ayat yg aku tulis ni..
xpela..ini hanyalah satu permulaan..mudah2an dengan niat yg murni dan sokongan dari anda semua..InsyaAllah..penulisan aku di blog ni akan semakin improve...doakan yer...

Wasalam

Selamat Tahun Baru 2010

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera buat semua kawan2 yg saya kasihi.

Kesempatan yg ada ini saya ingin mgucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru...2010

Semoga tahun baru ini akan mberi lebih makna kepada kehidupan kita..amin.